20121223

Murtads in Malaysia and Singapore; Sebuah Viu


Apa yang aku nak tulis kali ini bukan tentang karya seni orang. Tapi sebuah Facebook Page yang entah siapa punya, terima kasih untuk Rokes yang timbulkannya di susurmasa Facebook aku. Ini satu isu berat kepada seorang yang kurang pegetahuan agama seperti aku, tambah pula aku juga pernah kehilangan pegangan. Tapi ini satu viu. Dan viu ini dari aku.

Jelas seperti nama dan diskripsinya, page itu mengumpulkan (atau sepatutnya mengumpulkan) manusia-manusia murtad dari dua negara ini. Juga, aku percaya lebih separuh dari 1,283 pengguna Facebook yang klik Like ialah mereka yang...apa 'concern' dalam Bahasa Malaysia? Ha, yang 'concern' tentang masalah murtad tak kurang juga yang buat sibuk saja.

Murtad, dari segi bahasa ialah keluar dari sesuatu fahaman, pegangan atau persatuan. Dari segi istilah yang akan dibincangkan ini, maksudnya keluar atau berhenti menganut agama dengan berhenti melakukan amalan, berhenti mempercayai Tuhan atau menganut agama lain. Dalam erti kata lain, seorang murtad ialah atheis atau menukar agama atau memegang kepercayaan lain. 

Dalam konteks Malaysia apa aku lihat ialah ramai yang dilahirkan dalam keluarga Muslim lalu memilih untuk murtad ini, mereka seterusnya jadi atheis. Tahu kenapa aku fikir gitu? Sebab atheis itu tiada pegangan. Mereka bosan dengan undang-undang dan kekangan agama yang mereka rasakan terlalu membebankan. Kerana sekarang dunia sudah moden. Hello, tak urban kalau tak minum alkohol. Tak urban kalau tak boleh bercampur lelaki perempuan. Tak cantiklah tudung labuh. Susahlah nak ibadah. Satu lagi sebab ialah kekecewaan. Ada Tuhan, tak ada Tuhan, sama saja. Yang sembahyang tertonggeng-tonggeng pun miskin. Susah. Merana. Tak berakhlak. Tak membantu. Yang tak ada Tuhan, atau yang sembah Tuhan lain kaya, terkenal, sempurna, baik.

Dari aspek page itu sendiri, pos-pos dari admin itu sebenarnya biasa-biasa saja. Ia bukan seperti kesatuan, hanya sekumpulan manusia yang bosan tak tahu apa nak buat. Ia seperti hanya untuk menunjuk-nunjuk atau menganjing. Kamon, kalau kau true murtad, kau tak post benda remeh macam kuwot atheis, makan babi itu sedap, merendah-rendahkan agama dan orang lain, serta ideologi mengikut logik akal sendiri.

Aku menulis ini dari viu aku, dari apa yang aku rasa dan apa yang aku pernah lalui selaku seorang individu dan tidak melibatkan pihak lain kerana aku pernah memilih jalan ini dulu.  Mungkin tak cukup lengkap. Mungkin viu aku ini sungguh shallow pada pendapat kau. Tak apa lah. Jika kau ada tambahan atau pembetulan silakan letak di bahagian komen. Aku harap jika ada yang concern tentang hal ini, memang wajib pun mereka turut membantu. Tapi pepatah kata kalau ingin melentur buluh biarlah dari rebung. Tapi ini sudah jadi buluh pun, lentur perlahan-lahan supaya nanti tidak terus patah. Perkara agama ini perkara rohani. Sentuhlah dari hati. Dengan ihklas.

Jika ingin mengenali agama, kenali, cintai dan turuti agama itu sendiri, dan bukan penganutnya. Umpama seorang pemandu (penganut agama) dan sebuah kereta (agama). Kereta mahal. Kereta sempurna, berkilat, enjin terbaik dan jenama Itali buatan tangan. Tapi jika pemandunya tidak pandai memandu, terlibat dalam kemalangan, apa yang kau akan salahkan; pemandu atau kereta?

Hidayah dan tawfiq itu milik Tuhan. Ini aku percaya. Walaupun aku bukanlah dekat dengan Tuhan. Ajar manusia cintai agama dengan kebaikan, bukan menakut-nakutkan mereka dengan dosa dan neraka seperti muslim tipikal buat. Ubahlah viu kau juga. Dunia kan dah moden, kau kata. Jika dengan alasan hak asasi manusia, itu sudah lengkap dalam agama. Kerana agama itu milik Tuhan. Manusia itu milik Tuhan. Tapi sekarang manusia ingin jadi Tuhan.

Hmm. Fikir-fikirkan dan selamat beramal! *sengih gatal serupa Prof Izzi*

4 ulasan:

kami tulis berkata...

Sekadar mengulas.

Aku pernah tertengok page yg kau maksudkan (yeah! mungkin page sama).

Aku masih kenal seorang manusia berpegangan begini. Dia hafal surah Yassin. Dia lebih hebat tentang agama dari aku.

Jujurnya - sebenarnya aku kagum tentang golongan ini.

Biasalah. Sesempurna mana pun manusia, pasti terkurang di mana2. Aku tak menyokong isu, aku tak menolak isu. Aku neutral dgn tulisan kau.

Martini Muaz berkata...

Thanks dude.
surah yassin aku pun hafal. soalnya beramal atau menentang.

paling jilaka kalau serbanistas sendiri penyebab murtad.

KonspiMaker berkata...

Aku baru di sini.Aku ada baca artikel tue.Entah terpulang sape yg percaye buta tuli memang tak tahu nk ckap apa.

m D t i H i™ berkata...

"Umpama seorang pemandu (penganut agama) dan sebuah kereta (agama). Kereta mahal. Kereta sempurna, berkilat, enjin terbaik dan jenama Itali buatan tangan. Tapi jika pemandunya tidak pandai memandu, terlibat dalam kemalangan, apa yang kau akan salahkan; pemandu atau kereta? "

*this is #pawerrrrrr . =)