One Piece Film Z
(Wan Pīsu Firumu Zetto)
Filem animasi One Piece yang ke 12, selepas Strong World dan Episode Of Luffy : Adventure Of The Hand Island. Sama seperti filemnya yang ke sepuluh iaitu Strong World, filem ni telah disutradarakan oleh Tatsuya Nagamine atas seliaan mangakanya sendiri, iaitu Oda Eiichiro (Oda-sensei/Oda-chi).
Eh, watdefak? Apsal anime cikai ceni boleh ada dalam belog ni? Apa? Cikai? Who said that? Kemon la!! Aku dah lama kot tak nulis dalam ni. Bagi la can. I mean, anime ni best kot. Iye, tak tipu. Astaga...
Ah, fak det!
Kali ini, pengembaraan Mugiwara No Ichimi (Strawhat Pirates) kendalian Monkey D. Luffy berdepan dengan lawan yang suuuuuper-strong. Musuh mereka ialah Z, atau nama aslinya Zephyr, seorang bekas Admiral yang kini memimpin Neo-Navy, iaitu organisasi baru beribupejabat di New World yang ditubuhkannya setelah mengambil keputusan untuk keluar dari naungan World Government.
Menariknya One Piece Film Z ni, walaupun terkategori sebagai non-canon, yakni di luar carta plot asal manganya, sebenarnya telah banyak membongkar dunia One Piece samada dari sudut pandang lanun mahupun Marine yang membawa keadilan propaganda World Government yang selama ini cuba menyembunyikan kebenaran di sebalik Void History. Hahaaaaaaahahaa. Kompleksnya natang madafaka ni. Padan muka! Eh tak, sebenarnya simple je. Cuma memang agak kompleks kalau engkauorang bukan fans One Piece. Ye la, One Piece banyak babak ganas-ganas hentai-hentai. Tak sama dengan Upin & Ipin.
Dah ape pulak aku merepek ni?
Orait, mari serius. Filem animasi ni, macam biasa la, fokus pada krew Lanun Topi Jerami yang dikapteni oleh Monkey D. Luffy yang bodoh-bodoh inesen tapi nilai bounty-nya cecah 400 juta beri, dan dianggotai oleh Roronoa Zoro (pemedang, bounty : 120 juta beri), Nami (jurumudi, bounty : 16 juta beri), Usopp (penembak tepat, bounty : 30 juta beri), Sanji (tukang masak, 77 juta beri), Tony Tony Chopper (doktor, bounty : 50 beri), Nico Robin (arkeolojis, bounty : 80 juta beri), Franky (pembina kapal, bounty : 44 juta beri), dan Brook (pemuzik, bounty : 33 juta beri).
Rekaan watak krew Lanun Topi Jerami dalam One Piece Film Z
Para seiyuu (pelakon suara) krew Lanun Topi Jerami
Nak dijadikan cerita, krew lanun yang sentiasa meriah dengan lawak-lawak dan telatah ahli-ahlinya ini telah ditakdirkan bersemuka dengan Z apabila Chopper dan Luffy berkeputusan untuk menyelamatkannya setelah ditemui hanyut di lautan. Terjadilah insiden demi insiden yang membuatkan krew ini bertekad untuk berhadapan dengan Z. Di sinilah kerjasama Oda-chi dan Tatsuya Nagamine memainkan peranan yang penting. Osamu Suzuki selaku penulis juga hebat membentangkan imaginasinya dalam sekuen babak yang cemerlang transisinya. Setiap peristiwa membawa kepada peristiwa yang lainnya pula. Sama seperti Strong World, banyak twistnya membongkar perkaitan antara watak antagonis dengan arc plot utama One Piece. Z didedahkan sebagai Zephyr yang merupakan salah seorang tokoh yang penting dalam pemerintahan tertinggi Marine. Kemunculan Kizaru dan Aokiji dalam anime ini juga banyak membongkar perkaitan sesama mereka dan ini sudah tentulah mempengaruhi jalan cerita terkini manganya yang berlatarkan New World di bahagian lain Grand Line.
Bukan tu je tau. Kematangan Toei Animation Studio juga membolehkan kita dipersembahkan dengan visual animasi yang super detail dan merangsang adrenalin. Babak pertarungannya epik, cukup epik.
"Tumpang tanya, tandas kat mana?" tanya Z
"Kat sanaaaaaa tu haa." jawab Kizaru
Z mengamuk tak jumpa toilet
"Ah. takde toilet, kat sini pun jadi la." getus Z dalam hatinya
Luffy masa tu ada kat situ tengah berak
"Woi!!!! Tak nampak ke aku tengah berak ni?" marah Luffy
"Aku pun nak berak kat sini gak!!!!!" jerkah Z
"Chopper, jom tembak orang yang tengah berak tu." cadang Nami
"Aye aye!" balas Chopper
"Oii Nami! Takyah la, Luffy dah abih berak la." celah Zoro
"Geletek! Geletek! Geletek dia~!!"
"Geletek sampai mati!!!" teriak Luffy.
"Yekkkk! Lepas berak tangan tak basuh!" balas Zoro.
Sial ahh! Aku sebenarnya nak sembang pasal keabstrakan filem ni. Pasal teknikaliti pembuatannya, dan endingnya yang kreatif dan menyayat hati. Apsal dah cenggini pulak? Ahhh, dah, malas dah aku nak ulas benda-benda subliminal dalam ni. Dengar je ni runut bunyi dari filem ni. Dengar tau. Hayati. Tak, bukan pasal berak. Ahhh. Malas aku! Harap-harap sampai la semangat lanun aku ni. Haisyh~!








.jpg)



